Jumlah mangsa banjir dan air pasang di Sabah terus meningkat kepada 1,622 orang susulan hujan berterusan sejak Jumaat lalu.

Kemas kini Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah setakat jam 12 tengah hari memaklumkan, ia melibatkan 365 keluarga daripada empat daerah yang terjejas.

Tiga daerah iaitu pitas, Sandakan dan Kota Kinabalu terjejas akibat fenomena air pasang besar.

Bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai kejadian banjir dan air pasang... Wartawan AWANI Borneo, Radhi Muslim ada perinciannya.